Skip to main content

Posts

Surirumah Mesti Pasang Badan Menggiurkan Selepas Beranak

Siapa surirumah sepenuh masa? Kita sama ! Tapi kalau ada peluang Eva nak kerja lepas je baby Eva umur setahun. Jadi surirumah kalau dah biasa kerja memang membosankan kan... Dalam masa yang sama, ada juga planning nak pasang badan baik punya ! Sekarang Eva tengah pregnant 4 bulan,memang takde kesempatan nak bersenam..Nak kata gemuk,tidaklah gemuk..Sedang-sedang sahaja...Berat masih bawah 53kg untuk tinggi eva 159cm. Tapi itulah,azam nak pasang badan memang kuat dah ni..Sebabnya, kebanyakan mata orang luar suka pandang surirumah ni macam sengkek,takde masa depan,takde kerjaya..Apa kaitan ni dengan kerjaya? Dah tu..Takkan nak biar je orang pandang kita sebelah mata..Mentang2 kita surirumah, nampak serabai lah kan mentang2 tak bekerjaya macam wanita bekerjaya di luar sana..Hmm Jadinya,kita sebagai surirumah kena plan, pasang badan betul2..Biar sama taraf bahkan lebih lagi dari wanita bekerjaya kat luar tu.. Haih,tak sabar nak jalankan misi pasang badan nanti.. Planning Eva : **...
Recent posts

Luka

Ibarat menggambarkan diri di atas sebuah kanvas, sepatutnya banyak cita-cita aku azamkan sudah tercapai. Tapi,hanya Tuhan sahaja yang mengerti kerana Dia yang melorongkan hati & takdirku mengikut corak perjalanan hidup aku sendiri. Cukuplah sekadar makan pakai,kenderaan bergerak sudah bersyukur. Aku mengharapkan agar Tuhan lebih mempermudahkan aku untuk menjalani kehidupan seharian yang penuh liku yang bakal mendatang. Cita-cita yang aku tanam sejak kecil, di masa aku masih polos & sering 'koyak' dengan pancaroba hidup yang aku lalui. Tak perlulah aku cerita lebih lanjut kerana ianya seperti membuka pekung keluarga. Aku cuma memerlukan dorongan dari insan yang aku sayang. Tapi ya..Tuhan itu tak pernah berhenti menguji perasaan hamba-Nya dari rasa kecewa,tertekan,marah & benci. Namun,seharusnya aku lebih menghargai pemberian-Nya yang kini, walaupun selalu rasa tak berdaya nak bergerak,tak terdaya nak berfikir walau tentang sebutir pasir dan seinci kain, serta se...

Waktu Kecilku

tiap orang ada pengalaman atau kenangan waktu kecil sama ada manis, masam, tawar dan pahit. Ibarat jer tu... Tapi kalau nak diceritakan waktu kecil aku memang banyak kenangan pahit nak dibandingkan manis. Kenapa? Sebab boleh sampai termimpi. Waktu aku kecil ketika berumur 9-12 tahun, aku ada beberapa orang kawan baik.Salah seorangnya aku namakan sebagai D. D memang baik. Peneman waktu kecil aku ke mana-mana tempat keliling kampung.Rumah pun tak jauh.Sebelah rumah jer,kira kami berjiranlah. Aku anggap D sebagai seorang yang memang baik,beruntung kerana ayah & ibunya menyayanginya dengan sepenuh hati. Mungkin kerana dia adalah seorang anak bongsu, mempunyai ramai kakak & abang. Ya..kerana kelebihan disayangi ayah & ibunya,segala keinginannya dituruti. Segala kemahuannya dipenuhi. Aku masih ingat,di waktu kecil aku memang kategori anak yang sememangnya nakal. Waktu itu, kami sedang bermain pondok-pondok di bawah sebuah pohon ceri kampung, D mengeluarkan se...

Wanita dan DEPRESI, tak perlu ambil tahu ke? PART 1

Biasa dengar tentang perkataan depresi? Apa beza dengan stress? Haa..fokus tajuk kali ini adalah tentang depresi,gejala depresi & memahami bagaimana terjadinya depresi. Saya memang berminat tentang isu depresi kerana saya juga pernah berada di sisi orang yang berada dalam keadaan depresi. Secara ringkasnya, depresi ini adalah penyakit mental,berlainan pula dengan stres yang seringkali berlaku dan boleh dianggap sebagai perkara yang masih boleh dikawal. ..Bagaimana terjadinya depresi? Awalannya berpunca daripada stress yang kecil hingga menjadi tidak terkawal,jadilah konsep depresi. Depresi menyebabkan seseorang itu : - Rasa tidak bersemangat,mudah bosan - Rasa keseorangan walaupun ada ahli keluarga atau rakan terdekat yang boleh meluahkan perasaan yang dipendam - Sentiasa murung & terkadang tidak terurus - Overthinking, sensitif dengan keadaan sekeliling - Selalu menangis walaupun untuk perkara yang kecil kerana memikirkan solusi yang berlebihan - Selalu...

Cantik berseri & awet muda persis artis tanpa perlu produk dengan jamu homemade simple!

Assalamualaikum! Setelah lama Eva tak pegang pena, hari ini Eva nak share sesuatu yang Eva rasa memang bermanfaat khususnya untuk kaum wanita. Sejak beberapa bulan jadi surirumah ni, kerja rumah tak pernah habis, lagi-lagi bila tiada yang membantu. Aduhai... Tersangatlah penat.. Badan sakit-sakit, rasa tak bermaya, lesu & sebagainya.. Eva kena cari solusi sebab jadi surirumah ni memang memenatkan, tambahan kecantikan seorang wanita akan makin lama makin pudar kalau tak jaga diri dengan baik. Eva rasa Eva nak amalkan jamu homemade, buat permulaan Eva try buat simple ja sebab takut nak try produk kat kedai jamu. Sekurang-kurangnya, kalau buat sendiri kita tahu apa yang kita campurkan dalam jamu yang kita nak amalkan. Yelah, setiap orang penerimaan dari segi makanan serta ubat-ubatan adalah berbeza.. Eh, tak nak lah borak panjang. Eva share terus je resepi jamu homemade simple Eva. Haa.. Bahan-bahan ni Eva dah sukat untuk separuh cawan tinggi ni. Masa merebus bahan, Eva sukat...

Cinta Suami Terhadap Isteri Seharusnya Begini..

Wahai LELAKI, . Kalau kamu memilih bersama wanita bekerjaya, kamu perlu menerima dia tidak boleh mengurus rumah sepenuh masa. . Kalau kamu memilih bersama wanita suri rumah yang boleh menjaga dan mengurus rumah tangga sepenuhnya, kamu perlu menerima yang dia tidak menghasilkan duit. . Kalau kamu memilih bersama wanita penurut, kamu harus menerima yang kalau dia bergantung kepada mu. . Kalau kamu memilih bersama wanita yg berani, kamu harus menerima kalau dia keras kepala dan punya pikiran sendiri. . Kalau kamu memilih bersama wanita cantik kamu harus menerima perbelanjaannya juga banyak. . Kalau kamu memilih bersama wanita hebat, kamu juga harus menerima kalau dia keras dan berpendirian. . TIADA WANITA SEMPURNA semua hanya dalam mimpi dan angan-angan sahaja ❤ . . Kredit : NaaiLa BelLa, Cinta Suami Isteri