tiap orang ada pengalaman atau kenangan waktu kecil sama ada manis, masam, tawar dan pahit. Ibarat jer tu...
Tapi kalau nak diceritakan waktu kecil aku memang banyak kenangan pahit nak dibandingkan manis. Kenapa?
Sebab boleh sampai termimpi.
Waktu aku kecil ketika berumur 9-12 tahun, aku ada beberapa orang kawan baik.Salah seorangnya aku namakan sebagai D.
D memang baik. Peneman waktu kecil aku ke mana-mana tempat keliling kampung.Rumah pun tak jauh.Sebelah rumah jer,kira kami berjiranlah.
Aku anggap D sebagai seorang yang memang baik,beruntung kerana ayah & ibunya menyayanginya dengan sepenuh hati. Mungkin kerana dia adalah seorang anak bongsu, mempunyai ramai kakak & abang.
Ya..kerana kelebihan disayangi ayah & ibunya,segala keinginannya dituruti. Segala kemahuannya dipenuhi.
Aku masih ingat,di waktu kecil aku memang kategori anak yang sememangnya nakal. Waktu itu, kami sedang bermain pondok-pondok di bawah sebuah pohon ceri kampung, D mengeluarkan segala alatan warna dan buku mewarnanya untuk mengisi masa lapang sambil bermain. Aku tidak ingat umur aku waktu itu berapa tahun,tapi aku masih ingat beberapa peristiwa dek kerana kenakalan aku yang memang tak boleh bawak bincang. Entah macam-mana waktu itu, aku berani menyorokkan warna Luna kotak kecil D ke dalam poket baju kurungku untuk dibawa pulang kerana aku tidak pernah berpeluang mempunyai alatan sekolah seperti itu. Entahlah,mungkin ayah terlalu susah,atau mungkin ayah memang tak peduli langsung tentang keperluan persekolahanku yang baginya alatan tulis sekolah tidak penting. Perkara itu menimbulkan syak wasangka kawan-kawan lain yang berada di situ kerana tiba-tiba sahaja warna Luna itu hilang. Nakalnya aku,aku berlakon mencari-cari warna Luna itu di sekeliling kawasan kami bermain,yelah,waktu itu kami masih anak-anak. Manalah nak tahu nak cari sesiapa yang ambil. Tapi,salah seorang kawanku yang bernama I memang cerdik.Dia dapat agak aku yang ambil warna Luna itu kerana beberapa kelakuan aku yang menimbulkan syak dengan kelihatan tidak keruan,nak cepat-cepat balik rumah. Keesokan harinya, I dan adiknya lalu di depan rumahku, dan menjeritkan perkataan aku pencuri. Pencuri! Pencuri!
Waktu itu nenek aku mendengarkan perkataan itu,nenek aku menanyakan aku,apa yang aku curi sampai mereka berani menjeritkan perkataan itu. Aku buat tidak tahu sahaja. Kerana bagi aku, mereka tiada bukti aku mencuri warna Luna itu walaupun hakikatnya memang benar. Sangat teruk perangai aku waktu itu.
D pun aku tidak ingat sama ada dia marahkan aku atau tidak,cuma selepas beberapa waktu kemudian,kami berbaik dan bermain seperti biasa semula. Kenakalan aku waktu itu sampai ke tahap mengambil sesuatu yang bukan kepunyaan sendiri, dan aku memang tidak tahu perkara itu salah dan dianggap mencuri.
Ibu ayah,didiklah anak anda sedari kecil dengan ilmu agama. Terangkan apa kelakuan yang benar dan apa yang salah,apa kelakuan yang berpahala apa yang berdosa.
Kalau nak diceritakan tentang aku sewaktu kecil, aku bukanlah tidak bersekolah,cuma banyak benda yang aku tidak praktikkan kerana setakat di sekolah. Ya, aku masih kecil tetapi boleh mengerti jika ada yang menasihatiku.Aku tak mahu memburukkan kedua-dua ibu bapaku,tetapi benarlah kata orang, kerana ada pepatah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Senakal-nakal aku, makin lama aku ada kesedaran sendiri terutamanya mencuri itu berdosa besar,boleh potong tangan.
Berbalik kepada D, selepas dari peristiwa itu,memang kami berbaik semula, namun aku jadi seorang peminjam tegar yang meminjam pelbagai barangan kerana dah berazam tak mahu mengambil lagi barangannya kerana itu kan mencuri.
Baju,kasut,seluar,kain tudung, dan memang benar aku memang pandai kalau bab-bab itu sampaikan diminta untuk pulangkan baru aku pulangkan. Aku guna untuk ke sekolah sewaktu ada sukan sekolah,selebihnya aku tidak ingat. Yelah,kat sekolah,kawan-kawan sekolah semuanya berpakaian sukan yang kemas,bersih dan cantik-cantik. Aku? Aku akui aku memang seorang anak keci
Ada 1 lagi peristiwa yang berlegar di ingatanku berkaitan D, aku meminjam tudung berwarna biru yang cantik , waktu itu aku tergerak untuk meminjam tudung itu aku x ingat untuk apa..Kemungkinan untuk majlis persembahan di sekolah. Nenekku datang mengetuk pintu rumah memanggil namaku.Nenekku iu cuma tinggal di belakanh rumah kami sahaja.
Dia bertanyakan aku, apa yang aku dah ambil dari D,kerana emak D memarahi dan memburukkan aku sebagai cucunya dia khalayak ramai sewaktu majlis usrah di kampung kami. Nenek jadi sedih.Aku jadi marah dengan kelakuan emak D yang sampai membabitkan nenekku. Aku ingat lagi nenek merayu-rayu aku agar memulangkan segera waktu itu juga tudung itu. Aku melihat kelakuan nenek begitu,memang tak sampai hati. Nenek berpesan,pulangkan semula semua barang yang diambil dari D, kerana nenek malu dengan emak D. Ya,aku bertindak terus memulangkan tudung D, dan aku tidak mahu berkawan lagi dengan D.Entahlah,mungkin sebab menyampah dengan emak D, atau mungkin kerana aku sendiri berasa D dah tak penting untuk aku lagi. Kerana apa? kerana aku ini sewaktu kecil memang miskin segala-galanya.Tentang ayah ibu, aku tak mahu menceritakan selebihnya kenapa aku dibiarkan ibarat bukan anak mereka.Perasaan aku sebagai anak kecil memang sudah banyak terguris dengan rencah hidup getir sebagai anak sulung yang diharapkan dari A ke Z. Kalau dikira,aku tak mahu ingat lagi peristiwa yang menyedihkan kerana naluri aku sebagai anak kecil, ya,anak kecil yang penyedih & kuat cemburu.Sedih dengan kenyataan hidup yang aku lalui di waktu kecil. Kuat cemburu dengan kelebihan orang lain terutamanya D kerana aku rasa aku yang patut berada di tempatnya menjadi kesayangan kedua-dua orang tua. Sadis bukan?
Kini aku telah dewasa, sehingga kini masih lagi tidak bertemu D. Kata maaf tidak pernah keluar dari bibirku kerana ya, aku anak yang ego kerana kemahuan tidak dituruti.Tidak cukup matang waktu itu.
Pada tarikh 27 Disember 2019, setelah 14 tahun berlalu,aku termimpikanmu D. Aku termimpikan kedua-dua ibu bapamu yang marah dan jelak denganku yang asyik meminjam barangan peribadimu. Aku serba salah. Aku rasa teramat berdosa. Bagaimana boleh aku bermimpikanmu semula D,sedangkan persahabatan di waktu kecil kita sudah lama berlalu. Ayahmu aku tahu sudah meninggal. Kini hanya engkau dan ibumu yang sudah berpindah ke tempat lain.Tanah rumah tempat tinggalmu dulu sewaktu ayahmu masih hidup, sudah dijual kakak abangmu bukan?
Walau di ceruk dunia mana sekali pun engkau berada, aku harap kau berilah kemaafan kepadaku yang memang banyak berdosa kepadamu. Mungkin aku menganiayaimu dengan sesungguhnya. Atau mungkin kau sudah melupakan aku kerana sikap jelik aku yang menyakitkan hatimu? Maafkan aku D. Maafkan aku.Aku pohon kepadamu dengan sepenuh hati kerana masa kecilku yang tak sempurna sepertimu.
Kini aku sudah tak seperti dulu D, aku sudah punya seorang suami, dan bakal menimang seorang anak tak lama lagi.Doakan aku D. Kerana aku juga mendoakan kebahagiaanmu sebagai sahabatku di waktu kecil. Kalaulah kau tahu aku menaip nukilan ini sambil menyeka air mata penyesalan,adakah kau akan tulus memaafkanku? Mungkin kesalahanku tidak dapat ditebus,namun aku memang mengharapkan kemaafanmu D. :,)
Coretanku datang dari hatiku. Semoga Allah SWT mengampunkan dosaku dan memberi rahmatnya kepadamu D kerana telah menjadikan aku sebagai sahabtmu D.
Semoga kau sentiasa bahagia. Amiin.

Comments
Post a Comment