Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Apa yang kau cari wahai Lelaki?

Tidak Ada Wanita Yang Sempurna ... Bacalah Wahai Suami , Agar kau mengerti.. * Seandainya Kau Memilih Wanita Yang Bekerja , dan mahu isteri kamu kerja , kamu perlu menerima dia mungkin tak mampu bersihkan rumah sebersih bersihnya. * Seandainya Kau Mahu Isterimu tidak bekerja , mahu dia duduk dan jaga rumahtanggamu , maka kamu harus menerima dia mungkin tak mampu nak hasilkan wang. * Seandainya Kau Memilih Wanita yang Turuti apa sahaja mahumu , dengar sahaja tanpa bantahan. Kau juga harus terima yang dia mungkin tak pandai nak berdikari dan tak mampu nak hidup sendiri.. * Seandainya Kau Memilih Wanita yang BERANI & CEKAL , kau harus terima dia , apabila dia ada jawapan , berani menegakkan hak dan punya pemikiran sendiri.. * Seandainya Kamu memilih Wanita Yang Cantik , sempurna cantiknya , maka kau harus bersedia untuk keluarkan wang untuk sentiasa mencantikkannya . * Seandainya Kau memilih wanita yang HEBAT !! Kau harus terima dan tahu , dia tidak akan mudah menyerah k...

Life Is Simple..

Aku keluar lepak dengan Nadiah. Bercerita tentang kehidupan,  berkongsi tentang tempat kerja dan cinta masing-masing. Dalam teruja bercerita, entah macam mana Nadiah bagitahu bahawa teman lelakinya mengotakan janji apabila teman lelakinya dh senang dia akan mewahkan kehidupan Nadiah. Berhasil! Kerana apa? Kerana setiasa ada untuk satu sama lain sewaktu susah.. Aku respek! Betapa untungnya Nadiah, berkongsi waktu muda dengan pasangan, merasa setiap detik susah, dan kini merasa manisnya detik kemewahan setelah susah payah terbayar.. Aku? Semoga diperkuatkan hati untuk menempuhi kehidupan akan datang. Semoga aku tabah mencari kehidupan aku. Semoga aku sabar menghadapi kisah terumbang-ambingnya hidupku tanpa tujuan. Semoga aku cekal menghadapi segala dugaan yang mendatang ketika takdir memutuskan aku harus bersendiri. Semoga aku dimurahkan rezeki. Amiiinn!! .... Selamat Malam Dunia😇 WHAT U GIVE U GET BACK

25 Tahun Februari Yang Menyakitkan

"Tears Come From The Heart,  Not From The Brain" . Makin hari makin stress bila fikir tanggungjawab yang serasa berat. Jadi perempuan, sulung pulak,  adik-beradik ramai,  semua mintak sponsor itu ini. Aku ni taklah nak menolak permintaan dorang, cuma fikir kemampuan aku yang dah sampai tahap maksima. Nak mengadu semua benda,  takde tempat. Nak minta tolong, takde siapa boleh pinjamkan bahu.. Sebab aku tahu, aku akan lebih menyusahkan orang lain. Selalu semua aku tanggung sendiri, sedih, rasa marah, kadang2 terfikir kenapa tuhan tu letak aku orang yang pertama dalam kalangan adik-beradik.  Aku pun tak tahu la dugaan ape yang aku terima sekarang. Kerja tah ape2, hutang tak settle, harta takde, kenderaan sendiri pun takde.  Sedih kan hidup aku?  Ye,  hidup aku.  Aku perempuan.  Perempuan yang kena kerja keras macam lelaki.  Aku, perempuan sulung yang paling awal dalam kalangan adik-beradik,  kena berkorban lebih ...