Ibarat menggambarkan diri di atas sebuah kanvas, sepatutnya banyak cita-cita aku azamkan sudah tercapai. Tapi,hanya Tuhan sahaja yang mengerti kerana Dia yang melorongkan hati & takdirku mengikut corak perjalanan hidup aku sendiri.
Cukuplah sekadar makan pakai,kenderaan bergerak sudah bersyukur. Aku mengharapkan agar Tuhan lebih mempermudahkan aku untuk menjalani kehidupan seharian yang penuh liku yang bakal mendatang.
Cita-cita yang aku tanam sejak kecil, di masa aku masih polos & sering 'koyak' dengan pancaroba hidup yang aku lalui.
Tak perlulah aku cerita lebih lanjut kerana ianya seperti membuka pekung keluarga.
Aku cuma memerlukan dorongan dari insan yang aku sayang. Tapi ya..Tuhan itu tak pernah berhenti menguji perasaan hamba-Nya dari rasa kecewa,tertekan,marah & benci.
Namun,seharusnya aku lebih menghargai pemberian-Nya yang kini, walaupun selalu rasa tak berdaya nak bergerak,tak terdaya nak berfikir walau tentang sebutir pasir dan seinci kain, serta selalu merasakan diri perlu dibantu,dipapah, kerana seringkali memikirkan keadaan diri yang nak berdiri walau sejenak sesaat dua pun tak larat.
.
La tahzan, rabbuna ma'ana.

Comments
Post a Comment