Skip to main content

Surirumah Mesti Pasang Badan Menggiurkan Selepas Beranak

Siapa surirumah sepenuh masa?
Kita sama !
Tapi kalau ada peluang Eva nak kerja lepas je baby Eva umur setahun.
Jadi surirumah kalau dah biasa kerja memang membosankan kan...
Dalam masa yang sama, ada juga planning nak pasang badan baik punya !
Sekarang Eva tengah pregnant 4 bulan,memang takde kesempatan nak bersenam..Nak kata gemuk,tidaklah gemuk..Sedang-sedang sahaja...Berat masih bawah 53kg untuk tinggi eva 159cm.
Tapi itulah,azam nak pasang badan memang kuat dah ni..Sebabnya, kebanyakan mata orang luar suka pandang surirumah ni macam sengkek,takde masa depan,takde kerjaya..Apa kaitan ni dengan kerjaya? Dah tu..Takkan nak biar je orang pandang kita sebelah mata..Mentang2 kita surirumah, nampak serabai lah kan mentang2 tak bekerjaya macam wanita bekerjaya di luar sana..Hmm
Jadinya,kita sebagai surirumah kena plan, pasang badan betul2..Biar sama taraf bahkan lebih lagi dari wanita bekerjaya kat luar tu..
Haih,tak sabar nak jalankan misi pasang badan nanti.. Planning Eva :
** Gym / Upah Personal Trainer guide cara senaman yang paling efektif
** Betul-betul commit untuk diet & pemakanan
** Mengunjungi Spa untuk rawatan kecantikan kulit & rambut
.
Okey,fokus tiga benda ni dahulu ya..Hihi
Selain tu,jangan lupa cari pakaian yang fashionable,tapi murah,berbaloi & up-to-date.
Kenapa tak pasang badan sekarang?
Mana boleh..sekarang kena makan banyak2 untuk baby ,nak make-up pun serba-salah tau..Itulah..
Semoga dipermudahkan Tuhan..
Semua ini perlu tau untuk kesihatan mental & fizikal kita..Especially yang bergelar surirumah..Nak bergaul atau jumpa sesiapa pun konfiden tau !
In Shaa Allah ,dipermudahkan..

Comments

Popular posts from this blog

Apa yang kau cari wahai Lelaki?

Tidak Ada Wanita Yang Sempurna ... Bacalah Wahai Suami , Agar kau mengerti.. * Seandainya Kau Memilih Wanita Yang Bekerja , dan mahu isteri kamu kerja , kamu perlu menerima dia mungkin tak mampu bersihkan rumah sebersih bersihnya. * Seandainya Kau Mahu Isterimu tidak bekerja , mahu dia duduk dan jaga rumahtanggamu , maka kamu harus menerima dia mungkin tak mampu nak hasilkan wang. * Seandainya Kau Memilih Wanita yang Turuti apa sahaja mahumu , dengar sahaja tanpa bantahan. Kau juga harus terima yang dia mungkin tak pandai nak berdikari dan tak mampu nak hidup sendiri.. * Seandainya Kau Memilih Wanita yang BERANI & CEKAL , kau harus terima dia , apabila dia ada jawapan , berani menegakkan hak dan punya pemikiran sendiri.. * Seandainya Kamu memilih Wanita Yang Cantik , sempurna cantiknya , maka kau harus bersedia untuk keluarkan wang untuk sentiasa mencantikkannya . * Seandainya Kau memilih wanita yang HEBAT !! Kau harus terima dan tahu , dia tidak akan mudah menyerah k...

Rawat Masalah Telinga Pekak Atau Bendasing Dalam Telinga

Hai ! Ini sambungan entri Eva untuk masalah telinga pengalaman Eva tau.. Tabiat mengorek telinga Eva masih berterusan hingga ke hari ini sebab telinga Eva asyik gatal je.. Kalau gatal tapak tangan kanan orang tua-tua kata, tandanya duit nak masuk, Kalau gatal tapak tangan kiri, orang tua-tua kata nak keluar duit.. Kalau gatal kaki tandanya nak berjalan jauh, kalau mata bergerak-gerak.. emmm.. Tak tahu.. Telinga gatal? Pun tak tahu.. Hahaha.. Mitos je semua tu jangan percaya.. . Kenapa telinga gatal?  Kotoran telinga atau disebut sebagai tahi telinga yang mengering. Jangkitan bahagian luar telinga (selalunya individu seorang perenang) Kerap mengorek telinga menggunakan putik kapas atau benda-benda tajam. Terlalu banyak kotoran seperti lilin di dalam telinga. Sebenarnya, kita tak perlu korek telinga sebab kotoran dari dalam telinga akan keluar dengan sendiri semasa kita mengunyah, sewaktu kita berjalan ataupun sewaktu kita tidur serta lain-lain.  . Bagaimana ...

Luka

Ibarat menggambarkan diri di atas sebuah kanvas, sepatutnya banyak cita-cita aku azamkan sudah tercapai. Tapi,hanya Tuhan sahaja yang mengerti kerana Dia yang melorongkan hati & takdirku mengikut corak perjalanan hidup aku sendiri. Cukuplah sekadar makan pakai,kenderaan bergerak sudah bersyukur. Aku mengharapkan agar Tuhan lebih mempermudahkan aku untuk menjalani kehidupan seharian yang penuh liku yang bakal mendatang. Cita-cita yang aku tanam sejak kecil, di masa aku masih polos & sering 'koyak' dengan pancaroba hidup yang aku lalui. Tak perlulah aku cerita lebih lanjut kerana ianya seperti membuka pekung keluarga. Aku cuma memerlukan dorongan dari insan yang aku sayang. Tapi ya..Tuhan itu tak pernah berhenti menguji perasaan hamba-Nya dari rasa kecewa,tertekan,marah & benci. Namun,seharusnya aku lebih menghargai pemberian-Nya yang kini, walaupun selalu rasa tak berdaya nak bergerak,tak terdaya nak berfikir walau tentang sebutir pasir dan seinci kain, serta se...