Skip to main content

Cantik berseri & awet muda persis artis tanpa perlu produk dengan jamu homemade simple!

Assalamualaikum!
Setelah lama Eva tak pegang pena, hari ini Eva nak share sesuatu yang Eva rasa memang bermanfaat khususnya untuk kaum wanita.
Sejak beberapa bulan jadi surirumah ni, kerja rumah tak pernah habis, lagi-lagi bila tiada yang membantu. Aduhai... Tersangatlah penat.. Badan sakit-sakit, rasa tak bermaya, lesu & sebagainya..
Eva kena cari solusi sebab jadi surirumah ni memang memenatkan, tambahan kecantikan seorang wanita akan makin lama makin pudar kalau tak jaga diri dengan baik.
Eva rasa Eva nak amalkan jamu homemade, buat permulaan Eva try buat simple ja sebab takut nak try produk kat kedai jamu. Sekurang-kurangnya, kalau buat sendiri kita tahu apa yang kita campurkan dalam jamu yang kita nak amalkan. Yelah, setiap orang penerimaan dari segi makanan serta ubat-ubatan adalah berbeza..
Eh, tak nak lah borak panjang.
Eva share terus je resepi jamu homemade simple Eva.
Haa.. Bahan-bahan ni Eva dah sukat untuk separuh cawan tinggi ni. Masa merebus bahan, Eva sukat guna cawan mug minum milo yang sederhana.
Bahan-bahannya :
2 ketul kunyit hidup (2 inci hiris halus)
Halia (potong 2 inci hiris lalus)
Manjakani ( 1 ketul diketuk sedikit hancur)
Daun Pandan (Sehelai)
Segenggam Asam Jawa agak2 je(bancuh dengan air agak2 ada jus yang sedang2 je)
.
1. Ambil dua cawan (mug milo) air & didihkan di dalam periuk atau cerek air pun boleh.
2. Sambil tunggu mendidih, masukkan daun pandan.
3. Setelah mendidih, masukkan kunyit, halia, manjakani & rebus selama beberapa minit hingga bertukar warna perang atau coklat.
4. Kemudian masukkan air asam jawa, teruskan merebus dlm 10-15minit.
5. Setelah semua bahan hiris cukup 15 minit selepas asam jawa dimasukkan, bolehlah dipindah ke dalam jug ataupun bekas yang bersesuaian untuk bagi air jamu sejuk.
.
Nota kaki :
1. Minum pada waktu pagi sebelum sarapan (perut kosong mudah serap khasiat)
2. Perbanyakkan minum air putih bila perlu.
.
Kebaikan jamu homemade bahan alami :
1. Mengeluarkan angin dari dalam badan.
2. Merawat dalaman untuk masalah kewanitaan serta keputihan.
3. Mengetatkan faraj.
4. Menyegarkan badan dari rasa lesu, tak bermaya.
5. Awet muda & meremajakan kulit terutamanya jika diamalkan pada umur awal 20an.
.
Best kan?
Try la..

Comments

Popular posts from this blog

Apa yang kau cari wahai Lelaki?

Tidak Ada Wanita Yang Sempurna ... Bacalah Wahai Suami , Agar kau mengerti.. * Seandainya Kau Memilih Wanita Yang Bekerja , dan mahu isteri kamu kerja , kamu perlu menerima dia mungkin tak mampu bersihkan rumah sebersih bersihnya. * Seandainya Kau Mahu Isterimu tidak bekerja , mahu dia duduk dan jaga rumahtanggamu , maka kamu harus menerima dia mungkin tak mampu nak hasilkan wang. * Seandainya Kau Memilih Wanita yang Turuti apa sahaja mahumu , dengar sahaja tanpa bantahan. Kau juga harus terima yang dia mungkin tak pandai nak berdikari dan tak mampu nak hidup sendiri.. * Seandainya Kau Memilih Wanita yang BERANI & CEKAL , kau harus terima dia , apabila dia ada jawapan , berani menegakkan hak dan punya pemikiran sendiri.. * Seandainya Kamu memilih Wanita Yang Cantik , sempurna cantiknya , maka kau harus bersedia untuk keluarkan wang untuk sentiasa mencantikkannya . * Seandainya Kau memilih wanita yang HEBAT !! Kau harus terima dan tahu , dia tidak akan mudah menyerah k...

Rawat Masalah Telinga Pekak Atau Bendasing Dalam Telinga

Hai ! Ini sambungan entri Eva untuk masalah telinga pengalaman Eva tau.. Tabiat mengorek telinga Eva masih berterusan hingga ke hari ini sebab telinga Eva asyik gatal je.. Kalau gatal tapak tangan kanan orang tua-tua kata, tandanya duit nak masuk, Kalau gatal tapak tangan kiri, orang tua-tua kata nak keluar duit.. Kalau gatal kaki tandanya nak berjalan jauh, kalau mata bergerak-gerak.. emmm.. Tak tahu.. Telinga gatal? Pun tak tahu.. Hahaha.. Mitos je semua tu jangan percaya.. . Kenapa telinga gatal?  Kotoran telinga atau disebut sebagai tahi telinga yang mengering. Jangkitan bahagian luar telinga (selalunya individu seorang perenang) Kerap mengorek telinga menggunakan putik kapas atau benda-benda tajam. Terlalu banyak kotoran seperti lilin di dalam telinga. Sebenarnya, kita tak perlu korek telinga sebab kotoran dari dalam telinga akan keluar dengan sendiri semasa kita mengunyah, sewaktu kita berjalan ataupun sewaktu kita tidur serta lain-lain.  . Bagaimana ...

Luka

Ibarat menggambarkan diri di atas sebuah kanvas, sepatutnya banyak cita-cita aku azamkan sudah tercapai. Tapi,hanya Tuhan sahaja yang mengerti kerana Dia yang melorongkan hati & takdirku mengikut corak perjalanan hidup aku sendiri. Cukuplah sekadar makan pakai,kenderaan bergerak sudah bersyukur. Aku mengharapkan agar Tuhan lebih mempermudahkan aku untuk menjalani kehidupan seharian yang penuh liku yang bakal mendatang. Cita-cita yang aku tanam sejak kecil, di masa aku masih polos & sering 'koyak' dengan pancaroba hidup yang aku lalui. Tak perlulah aku cerita lebih lanjut kerana ianya seperti membuka pekung keluarga. Aku cuma memerlukan dorongan dari insan yang aku sayang. Tapi ya..Tuhan itu tak pernah berhenti menguji perasaan hamba-Nya dari rasa kecewa,tertekan,marah & benci. Namun,seharusnya aku lebih menghargai pemberian-Nya yang kini, walaupun selalu rasa tak berdaya nak bergerak,tak terdaya nak berfikir walau tentang sebutir pasir dan seinci kain, serta se...