Skip to main content

Wanita dan DEPRESI, tak perlu ambil tahu ke? PART 1

Biasa dengar tentang perkataan depresi?
Apa beza dengan stress?
Haa..fokus tajuk kali ini adalah tentang depresi,gejala depresi & memahami bagaimana terjadinya depresi.
Saya memang berminat tentang isu depresi kerana saya juga pernah berada di sisi orang yang berada dalam keadaan depresi.
Secara ringkasnya, depresi ini adalah penyakit mental,berlainan pula dengan stres yang seringkali berlaku dan boleh dianggap sebagai perkara yang masih boleh dikawal.
..Bagaimana terjadinya depresi?
Awalannya berpunca daripada stress yang kecil hingga menjadi tidak terkawal,jadilah konsep depresi. Depresi menyebabkan seseorang itu :
- Rasa tidak bersemangat,mudah bosan
- Rasa keseorangan walaupun ada ahli keluarga atau rakan terdekat yang boleh meluahkan perasaan yang dipendam
- Sentiasa murung & terkadang tidak terurus
- Overthinking, sensitif dengan keadaan sekeliling
- Selalu menangis walaupun untuk perkara yang kecil kerana memikirkan solusi yang berlebihan
- Selalu suka menyendiri
.
Namun,berlainan pula dengan keadaan stress..Kerana stress boleh menjadi negatif & positif. Bentuk positif memungkinkan rasa stress untuk meningkatkan diri ke arah lebih baik serta meningkatkan prestasi.
.
Berbalik kepada depresi..Ada individu yang menghadapi masalah ini berkemungkinan menjadi lebih teruk dengan bertindak untuk membunuh diri. Terlalu banyak berfikir, sikap terlalu merisaukan sesuatu, terkongkong dalam dunia sendiri,sukar untuk bergaul dan bersosial lebih mendorong depresi menjadi di luar kawalan.
Memang sukar kan untuk keluar dari lingkaran depresi meskipun sedang bergelak-ketawa bersama rakan-rakan,pulang ke rumah datang semula perasaan sebegitu..
.
Nantikan sambungan bahagian kedua dengan sesi penceritaan yang lebih lengkap..
Terima kasih kerana menjadi pembaca !
Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah SWT.. Aamiinnn..

Comments

Popular posts from this blog

Apa yang kau cari wahai Lelaki?

Tidak Ada Wanita Yang Sempurna ... Bacalah Wahai Suami , Agar kau mengerti.. * Seandainya Kau Memilih Wanita Yang Bekerja , dan mahu isteri kamu kerja , kamu perlu menerima dia mungkin tak mampu bersihkan rumah sebersih bersihnya. * Seandainya Kau Mahu Isterimu tidak bekerja , mahu dia duduk dan jaga rumahtanggamu , maka kamu harus menerima dia mungkin tak mampu nak hasilkan wang. * Seandainya Kau Memilih Wanita yang Turuti apa sahaja mahumu , dengar sahaja tanpa bantahan. Kau juga harus terima yang dia mungkin tak pandai nak berdikari dan tak mampu nak hidup sendiri.. * Seandainya Kau Memilih Wanita yang BERANI & CEKAL , kau harus terima dia , apabila dia ada jawapan , berani menegakkan hak dan punya pemikiran sendiri.. * Seandainya Kamu memilih Wanita Yang Cantik , sempurna cantiknya , maka kau harus bersedia untuk keluarkan wang untuk sentiasa mencantikkannya . * Seandainya Kau memilih wanita yang HEBAT !! Kau harus terima dan tahu , dia tidak akan mudah menyerah k...

Rawat Masalah Telinga Pekak Atau Bendasing Dalam Telinga

Hai ! Ini sambungan entri Eva untuk masalah telinga pengalaman Eva tau.. Tabiat mengorek telinga Eva masih berterusan hingga ke hari ini sebab telinga Eva asyik gatal je.. Kalau gatal tapak tangan kanan orang tua-tua kata, tandanya duit nak masuk, Kalau gatal tapak tangan kiri, orang tua-tua kata nak keluar duit.. Kalau gatal kaki tandanya nak berjalan jauh, kalau mata bergerak-gerak.. emmm.. Tak tahu.. Telinga gatal? Pun tak tahu.. Hahaha.. Mitos je semua tu jangan percaya.. . Kenapa telinga gatal?  Kotoran telinga atau disebut sebagai tahi telinga yang mengering. Jangkitan bahagian luar telinga (selalunya individu seorang perenang) Kerap mengorek telinga menggunakan putik kapas atau benda-benda tajam. Terlalu banyak kotoran seperti lilin di dalam telinga. Sebenarnya, kita tak perlu korek telinga sebab kotoran dari dalam telinga akan keluar dengan sendiri semasa kita mengunyah, sewaktu kita berjalan ataupun sewaktu kita tidur serta lain-lain.  . Bagaimana ...

Luka

Ibarat menggambarkan diri di atas sebuah kanvas, sepatutnya banyak cita-cita aku azamkan sudah tercapai. Tapi,hanya Tuhan sahaja yang mengerti kerana Dia yang melorongkan hati & takdirku mengikut corak perjalanan hidup aku sendiri. Cukuplah sekadar makan pakai,kenderaan bergerak sudah bersyukur. Aku mengharapkan agar Tuhan lebih mempermudahkan aku untuk menjalani kehidupan seharian yang penuh liku yang bakal mendatang. Cita-cita yang aku tanam sejak kecil, di masa aku masih polos & sering 'koyak' dengan pancaroba hidup yang aku lalui. Tak perlulah aku cerita lebih lanjut kerana ianya seperti membuka pekung keluarga. Aku cuma memerlukan dorongan dari insan yang aku sayang. Tapi ya..Tuhan itu tak pernah berhenti menguji perasaan hamba-Nya dari rasa kecewa,tertekan,marah & benci. Namun,seharusnya aku lebih menghargai pemberian-Nya yang kini, walaupun selalu rasa tak berdaya nak bergerak,tak terdaya nak berfikir walau tentang sebutir pasir dan seinci kain, serta se...